Sunday, November 7, 2010

Cara & Panduan Memilih Isteri

"Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah." - Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a
Mengapakah teruna memilih gadis jelita? Kata orang, gadis seperti ini menyejukkan serta menggembirakan hati. Betulkah begitu?
Gadis itu pada asasnya bererti wanita yang belum bernikah.
Walaupun begitu, perkataan 'gadis' juga digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang wanita.
Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar 'sudah tiada gadis' atau 'sudah tiada dara'.
Umumnya, pengertian pertama iaitu wanita yang belum bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua itu adalah gelaran yang diberikan secara berbisik-bisik.
Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita.
Semasa inilah seseorang wanita itu akan mencapai tahap mekarnya dan keayuannya. Pada masa inilah wanita itu mula dipanggil 'bergetah' jika kita hendak meminjam bidalan Soekarno.
Bila dipandang, banyak hati lelaki akan tergoda.
Ada gadis yang 'boleh tahan' dan ada gadis yang 'tak boleh tahan'. Gadis yang 'boleh tahan' biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita.
Yang 'tak boleh tahan' pula adalah gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai lelaki yang tergoda kepada gadis 'tak boleh tahan' ini apatah lagi jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda dan mempermainkan perasaan lelaki.
Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik pada rupa dan bentuk fizikal gadis.
Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi perhatian.
Ada orang berpendapat bahawa gadis yang cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik, mesra dan lemah-lembut.
"Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang muhrim." (Hadis riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas r.a.)
Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan kecantikan si gadis dahulu, kemudian barulah si teruna menyelidiki perangai si gadis.
Ini menyebabkan ramai lelaki terperangkap, menyesal atau menderita, terutamanya bila sudah terlanjur dan tidak boleh berundur lagi sedangkan baru tahu bahawa si gadis itu teruk perangainya atau sudah ternoda.
Walaupun 'mata yang belum berisi pengalaman' itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga, bukannya rupa.
Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini.
Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi isteri anda:
Elakkan Dari Berkawan Dengannya
Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya 'baik, sopan dan elok' apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa:
'Yang bercahaya tidak semestinya emas' dan 'yang cantik tidaklah semestinya permata'. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya. 
Lakukan Risikan Secara Rahsia
Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis.
Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri.
Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.
Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya.
Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.
Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil 'merisik' ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan 'menyelidik' dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkah lakunya di depan mata.
Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi.
Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi 'wanita' dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti.
Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.
Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua
Selidiklah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua.
Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibu bapa anda.
Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.
Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan
Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu ibu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga.
Bagi gadis yang mudah 'lupa' masa inilah mereka akan jadi rosak.
Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki.
lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.
Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki
Pada zaman dahulu, ada ibu bapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah.
Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas.
Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang.
Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.
Cari Yang Didikan Agamanya Cukup
Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam.
Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu.
Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya.
Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.
Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama.
Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama.
Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu.
Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang 'tak boleh tahan'.
Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!


Saturday, October 2, 2010

إلـيــك Elaika




Asal lagu ni adalah dari imam syafie..
'pada suatu hari yang tenang. imam syafie dalam keadaan terlantar sakit, anak muridnya datang melawatnya. setelah bertemu dengan gurunya, anak muridnya bertanya "apa khabar tuan guru"... lirik lagu ni adalah jawapan dari imam syafie kepada anak muridnya.. hayatilah...
DALAM PLAYLIST LAGU SAYA NO 3

ELAIKA LYRICS
 
إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
kupersembahkan kepadaMu tuhan sekelian makhluk harapanku


وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha pemberi dan pemurah


ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
tatkala keras hatiku dan sesak perjalanan hidupku


جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
kujadikan rayuan daripadaku sebagai jalan mengharap keampunanMu


فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
maka bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini


تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
kurniaanMu dan keampunanMu adalah rahmat dan kemuliaan


ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah kepadaku


ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــي' ومـنـعـمــا
dan jangalah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku


عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku


ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu


فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan


ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan


و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa


ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
sekalipun dosa2ku itu memasukkan diriku ke dalam neraka


فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati tuhannya


وفيما سواه في الورى كان أعجما
dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu


يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
dia berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap


كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon


أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
kupelihara kasihku yang dicemari nafsu


وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar


فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap


تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang2


فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini


وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
sedang keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih agung dan lebih mulia


Untuk Download Lagu Ni...
Sila Klik Link di Bawah Or Copy Paste Ke Browser

http://www.4shared.com/audio/S3uz2x77/Elaika.html

Wednesday, September 15, 2010

Memahami Konsep Murabbi Dalam Diri Pendakwah







Konsep “Murabbiy” dalam Islam membawa maksud yang luas melebihi tahap “muallim”. Muallim bermaksuf pengajar, lebih menjurus kepada sorang pengajar atau guru yang mencurahkan ilmu pengetahuan untuk anak didiknya. Tetapi, konsep “Murabbiy” merujuk kepada Pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.

Justeru, Murabbiy akan memastikan sesuatu ilmu itu dihayati sekali gus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Oleh itu, tugas “Muallim” banyak berlegar di “akal” tetapi tugas Murabbiy berlegar di “hati”. Perumpamaan yang boleh diketengahkan di sini ialah Muallim adalah orang yang bertugas mengumpulkan bahan masakan sepeti tepung, gula, garam dan rempah ratus. Manakala Murabbiy adalah diumpamakan seperti seorang tukang masak yang mahir berkemampuan mengadun dan membancuh tepung hingga berjaya dimasak menjadi kuih/hidangan yang enak.
KONSEP MURABBIY DALAM GERAKAN
Dalam gerakan Islam khususnya gerakan pelajar seprti PKPIM, peranan melahirkan kepimpinan bertaraf Murabbiy mempunyai siknifikasi dan kepentingan besar terhadap gerakan dari aspek membangun kepimpinan pelapis dan kaderisasi. Kegagalan melahirkan kepimpinan kampus mahupun Jawatankuasa Pusat serta Badan Gabungan Negeri yang mempunyai ciri-ciri Murabbiy boleh membawa kepada kepincangan Tanzim Haraki dan menyebabkan berlakunya gejala penyakit;

a. kelesuan gerakan.

b. wujud “one man show” atau kepimpinan dikuasai oleh kelompok tertentu.

c. membawa kepada gejala kelesuan dan kegersangan ahli baru seterusnya membatutkan perkembangan kaderisasi.

d. menjadikan sesuatu gerakan lebih bersifat “program oriented” berbanding untuk menjadi gerakan yang “mission oriented”.

e. akan wujud ahli-ahli yang gugur “mutasaqitun fi thoriqud dakwah”

f. menghadapi masalah penerusan kepimpinan. Akan wujudlah “vacuum” dalam proses transisi; dan lain-lain hingga boleh membawa kepada gejala keruntuhan jemaah/gerakan.


Justeru itu, kepimpinan bersifat “Murabbiy” adalah penting dan menjadi teras terutamanya dalam gerakan dakwah pelajar. Suasana pelajar/ mahasiswa yang masih dalam proses “learning and education” atau masih di peringkat Tarbiyah, amat memerlukan kehadiran “Murabbiy” sebagai pembimbing atau pendidik kepada mereka. Oleh yang demikian PKPIM mengambil langkah pro-aktif menginstitusikan “Murabbiy” bagi setiap unit gabungannya bagi memastikan dakwah Islamiyyah mengakar keumbinya.


CIRI-CIRI KEPIMPINAN /PENDAKWAH - Murabbiy

Asas pembinaan seorang “Murabbiy” berkait rapat dengan konsep pembinaan Pendakwah. Berbicara tentang Dakwah dan Pendakwah dalam Islam, semestinya elemen “Murabbiy” / pendidik tidak boleh dipisahkan. Berikut dikemukakan beberapa pandangan tokoh dan ulama’ dalam membinan asas keperibadian unggul Pendakwah.

1. Buku : Gerakan Islam: Kepimpinan – Syura –Tarbiyah, Zawawi Ali dan Mohammad Kamil Abdul Majid, menyatakan antara sifat-sifat Qiyadah dalam membimbing Harakah masakini perlu berteraskan ciri-ciri dan sifat kepimpinan Rasullullah s.a.w iaitu:

a. Keberanian dan keazaman yang kukuh.

b. Sabar dan berpendirian teguh – dalammengharungi segala rintangan, ujian dan siksaan kaum Quraish terhadap dirinya.

c. Keadilan dan Persamaan – Rasulullah s.a.w seorang yang bersifat adil dan mewujudkan persamaan contohnya Baginda turut sama dalam melaksanakan pembinaan Masjid pertama di Madinah. Baginda juga turut menggali Khanda / parit dalam peristiwa Ahzab.

d. Peribadi dan Watak yang Sempurna – keperibadian dan budipekerti Rasulullah s.a.w amat meyakinkan.

Sheikh Fathi Yakan, Musyhkilatu da’wah wad-da’iyah menulis tentang sifat-sifat pendakwah sepertimana berikut:

a. Kebersihan Jiwa dan Rohani
- perlu sentiasa ikhlas
- sentiasa mengingati Allah swt.
- Selalu memperbaiki ibadahnya, membanyakkan amalan sunat dan - tidak meninggalkan tahajjud.

b. Kesihatan Badan dan Kekuatannya

-Menjaga kesihatannya kerana kepimpinan dan pendakwah penuh dengan pemikiran, kerja dan perjuangan yang bersambung-sambung dan tidak henti-henti.

c. Keupayaan Akal dan Fikiran

- Pemimpin, fikiran dan mindanya haruslah terdiri dari pelbagai bahan tidak hanya terhad kepada ilmu Islami sahaja tanpa mendalami ilmu-ilmu lain.

- Berupaya juga menganalisis persekitaran dengan menggarapkan ilmu pengetahuan dan maklumat yang sedia ada dengan menjadikan pengalaman sebagai panduan berteraskan kepada Al-Quran & As-Sunnah.

Seterusnya beliau menambah bahawa ada beberapa sifat-sifat yang perlu bagi Pimpinan:

a. Mengenali Dakwah – mengenali organisasi dan matlamat perjuangan (ada hubungan)

b. Mengenali Jiwa – mengetahu kekuatan dan kelemahan yang ada pada dirinya sendiri

c. Perhatian kepada ahli-ahli – mengambil tahu hal-ehwal pengikut.

d. Tauladan yang baik (al-Qudwatul Hasanah)

e. Pandangan yang tajam – tidak mempunyai sikap teragak-agak, kabur, resah dan tidak tegas.

f. Kemahuan yang kuat

g. Daya Tarikan semulajadi

h. Optimisma

Sayyid Sabiq juga menyatakan berkenaan sifat pemimpin seperti berikut:

a. Seorang pemimpin itu mesti selalu membuat musyawarah dan jangan membuat keputusan sendiri.

b.Hendaklah seorang pemimpin itu bersifat lemah-lembut dan pengasih kepada pengikut-pengikutnya.

c. Dalam konteks melaksanakan amar ma’ruf nahi munkar, hendaklah pemimpin itu melarang ahli-ahlinya daripada melakukan maksiat.

d. Hendaklah seseorang pemimpin itu menghubungi pengikut-pengikutnya dan mengetahui keperluan mereka.

e. Hendaklah pemimpin itu menyerahkan tugas-tugasnya bertepatan dengan orang yang selayaknya.

REALITI KAMPUS & GERAKAN

Suasana generasi muda yang dihadapi oleh pendokong-pendokong gerakan dan pendakwah kini amat mencabar kerana pengaruh besar globalisasi, kesan-kesan negatif post-modernism disamping ancaman unsur-unsur percubaan mengurangkan Imej Islam serta imej negatif “dakwah” yang dijuruskan oleh barat sebagai Terrorisme. Generasi muda kini juga lebih bersifat “metrialistik” dan tersadur dengan budaya “simplistic” yang membawa kepada meluasnya budaya “hendonisme” sehinggga menyebabkan hilang jatidiri dan merosakkan – jasmani, rohani, fizikal dan mental. Wujud juga usaha-saha merobotkan Generasi muda dan unsur-unsur tidak langsung yang bersikap melemahkan tahap keintelektualan Mahasiswa. Disamping itu wujud tekanan-tekanan semasa daripada pihak berautoriti.

Justeri itu, suasana kini, menjadikan suatu keperluan bagi mewujudkan pendakwah / kepimpinan yang bersifat “Murabbiy” dengan melaksanakan pendekatan Dakwah Bil-Hal dan bersabar serta berstrategi dalam bergerak.

Rasulullah tetap terus bersabar ketika berdakwah dan berdoa:

Ertinya : “Wahai Tuhanku! Berilah hidayah kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak menegerti”.

Dalam pengertian ini al-Iman Asy-Syahid Hassan al-Banna berkata:

“Jadilah kamu ketika (menyeru) manusia seperti pokok buah-buahan; mereka membalingnya dengan batu dan dia menggugurkan buah kepada mereka”.

Renungan : Syair gubahan Abi Al-Aswad Addualy:-

“Wahai orang yang memberi pelajaran kepada orang lain, mulailah dari dirimu sendiri hingga kau berilmu,
Engkau memberi ubat kepada orang sakit hingga baik, sedangkan kau sendiri berpenyakit;
Maka mulaikah denganmu, cegahlah dari kelalaian, jika selesai maka kaulah seorang yang arif bijaksana;
Pastilah orang akan mengikuti, jika engkau mengajak dan menjalankan apa yang engkau dakwahkan, dan menerima semua ajaran-ajaranmu;

Janganlah melarang perbuatan sedangkan engkau sendiri mengerjakannya, aib besar bagimu jika kau lakukan itu.”

ZAKAT N KELEBIHANYA




'Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w telah bersabda: Ada tujuh golongan manusia yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naunganNya. Hari tersebut tidak ada naungan kecuali naungan Allah. Golongan tersebut ialah pemimpin yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah semasa hidupnya, seseorang yang hatinya sentiasa berpaut pada masjid-masjid iaitu sangat mencintainya dan selalu melakukan sembahyang berjemaah, dua orang yang saling mengasihi kerana Allah iaitu keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diundang oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan rupa paras yang elok untuk melakukan kejahatan tetapi dia berkata: Aku takut kepada Allah!, seorang yang memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah tangan kanan tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kirinya dan seseorang yang mengingati Allah di waktu sunyi sehingga mengalirkan air mata dari kedua matanya'

Salam Ramadhan sedikit catatan buat renungan.
Banyak sekali dalil-dalil dari Al-quran dan Ss-sunnah yang menjelaskan tentang keutamaan zakat, infaq dan sedekah. Sebagaimana firman Allah swt mafhumnya : Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal soleh, men -dirikan solat dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada keraguan terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.(Al Baqarah : 277 ).
Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada keraguan terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Al Baqarah : 274 ) .
Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (At Taubah : 103).

Adapun hadis-hadis Nabi yang menjelaskan akan keutamaannya antara lain mafhumnya : Dari Abu Hurairah r.a bahawa seorang Arab Badui mendatangi Nabi s.a.w seraya berkata, Wahai Rasulullah! beritahu aku suatu amalan, bila aku mengerjakannya, aku masuk syurga?, Beliau bersabda : Beribadahlah kepada Allah dan jangan berbuat syirik kepadaNya, dirikan solat, tunaikan zakat yang diwajibkan, dan berpuasa di bulan Ramadhan, ia berkata, Aku tidak akan menambah amalan selain di atas, tatkala orang itu berlalu keluar, Nabi s.a.w bersabda : Siapa yang ingin melihat seorang lelaki dari penghuni syurga maka lihatlah orang ini. Muttafaq ’alaih. [1]

Allah SWT, adalah Zat yang Maha Suci dan tidak akan menerima kecuali hal-hal yang suci dan baik, demikian juga sedekah kecuali dari harta yang suci dan halal. Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya :
Dari Abu Hurairah r.a., ia berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda : Siapa yang bersedekah dengan sebiji kurma yang berasal dari usahanya yang halal lagi baik, maka sesungguhnya Allah menerima sedekah tersebut dengan tangan kananNya kemudian Allah menjaga dan memeliharanya untuk pemiliknya seperti seseorang di antara kamu yang menjaga dan memelihara anak kudanya. Hingga sedekah tersebut menjadi sebesar gunung. Muttafaq ’alaih. [2]

Zakat, infaq dan sedekah memiliki faedah yang sangat banyak, bahkan sebagian ulama telah menyebutkan lebih dari dua puluh faedah, diantaranya:
1. Ia dapat memadam kemurkaan Allah, Rasulullah s.a.w, bersabda:
Sesungguhnya sedekah secara sembunyi-sembunyi boleh memadamkan kemurkaan Rabb (Allah) (Sahih At-targhib)

2. Menghapus kesalahan seorang hamba, beliau bersabda: Dan Sedekah dapat menghapuskan kesalahan sebagaimana air memadamkan api (Sahih At-targhib)
3. Orang yang besedekah dengan ikhlas akan mendapatkan perlindungan dan naungan Arsy di hari kiamat. Rasulullah saw bersabda: Tujuh kelompok yang akan mendapat naungan dari Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya diantaranya, seseorang yang menyedekahkan hartanya secara rahsia sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya. (Muttafaq 'alaih)

4. Sebagai ubat bagi berbagai macam penyakit baik penyakit jasmani maupun rohani. Rasulullah saw, bersabda: Ubatilah orang-orang yang sakit diantaramu dengan sedekah. (Sahih At-targhib) beliau juga bersabda kepada orang yang mengeluh tentang keras hatinya: Jika engkau ingin lembutkan hatimu maka berilah makan pada orang miskin dan usaplah kepala anak yatim. (Ahmad)
5. Sebagai penolak berbagai macam bencana dan musibah.

6. Orang yang berinfaq akan didoakan oleh malaikat setiap hari sebagaimana sabda Rasulullah saw: Tidaklah datang suatu hari kecuali akan turun dua malaikat yang salah satunya mengatakan, "Ya, Allah berilah orang-orang yang berinfaq itu balasan, dan yang lain mengatakan, "Ya, Allah berilah pada orang yang bakhil kebinasaan (hartanya). (Muttafaq 'alaihi)

7. Orang yang berzakat dan bersedekah itu akan Allah berkati harta nya, Rasulullah saw bersabda: Tidaklah sedekah itu mengurangi harta. (Muslim)
8. Allah akan melipatgandakan pahala orang yang bersedekah, Sesiapa yang menginfaqkan hartanya di jalan Allah dengan harta yang baik maka Allah melipat -gandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepadaNyalah kamu dikembalikan.(Al-Baqarah: 245)
9. Sedekah merupakan petunjuk kebenaran iman seseorang, Rasulullah saw bersabda, Sedekah merupakan bukti (keimanan). (Muslim)
10. Sedekah merupakan pembersih harta dan mensucikannya dari kotoran, sebagaimana wasiat beliau kepada para pedagang, Wahai para pedagang sesung -guhnya jual beli ini dicampuri dengan perbuatan sia-sia dan sumpah oleh itu bersih -kanlah ia dengan sedekah. (Ahmad, Nasai dan Ibnu Majah juga dlm Sahih Al-Jami').

Marilah kita memohon semoga Allah SWT menjadikan kita termasuk orang-orang yang mudah berinfaq dan bersedekah serta menunaikan zakat dengan ikhlas kerana mengharapkan keredhaan-Nya, terutamanya dibulan Ramadhan yang penuh berkat ini dimana segala amal kita diberi ganjaran yang berlipat kali ganda. Amin ya rabbal’alamin.

Thursday, July 8, 2010

hukum bersanding dalam islam


السلام عليكم ورحمة الله
Persandingan mungkin suatu yang biasa kita dengar dan lihat. Namun, sedarkah kita tentang apa pandangan syarak terhadapnya? Mungkin ramai yang bersetuju pada teorinya...tetapi bila ketika praktikalnya, ramai yang kecundang..termasuklah Ustaz dan Ustazah (yang mengaji agama). Bila ditanya persoalan tu oleh seorang sahabat, saya rasa seperti diketuk kepala..tersedar banyaknya hukum kita ambil mudah..setiap perbuatn kita tidak teliti soal hukum..apabila diselidiki, artikel ini mungkin dapat membantu dan membuka perbincangan..mudah-mudahan kita tidak terjebak ke landasan ciptaan syaitan yang inginkan menyesatkan manusia...
1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.

2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.

3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu. Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)

Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.

4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:

(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.

(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.

Hukum Islam Terhadap Persandingan

1. Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5: Thee do we worship, and Thine aid we seek., dan Yunus: 107: If Allah do touch thee with hurt, there is none can remove it but He: if He do design some benefit for thee, there is none can keep back His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants He pleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.
2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.

3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)

4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."

Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)

6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)

7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)

Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:

1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.

2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.

Rujukan
1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.
2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.
3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.
Sumber: Tuan Hassan Tuan Lah, "Bersanding dalam Pandangan Islam".

Sunday, June 27, 2010

Boikot Israel Demi Islam



Wahai hamba- hamba ALLAH... saya ingin mmendesak masyarakat pengguna Islam negara ini bertindak memboikot produk keluaran Negara-negara yang menyokong tindakan Israel menyerang Palestin hingga menyebabkan kematian umat Islam di negara itu.
boikot terpilih merupakan antara tindakan yang boleh dilakukan oleh umat islam di negara
ini bagi menyuarakan rasa bermaruah terhadap tindakan biadap tentera istael melakukan keganasan ke atas saudara seIslam di palestin.melalui kuasa kepenggunaan, kita dapat mengajar kuasa - kuasa besar barat yang menyokong keganasan terhadap umat Islam di Palestin.

Ini kerana sebarang protes dan bantahan berhubung kekejaman Israel dan sekutunya tidak akan mendatangkan kesan kepada Israel dan sekutunya kerana golongan biadap ini tidak akan menghiraukan sebarang bantahan walaupun daripada seluruh umat Islam di dunia.

Justeru PPIM menyarankan boikot produk terpilih bagi menghantar isyarat jelas kepada pembuli dunia dan sekutunya bahawa umat Islam di Negara ini tidak akan bertolenrasi berhubung kekejaman yang dilakukan ke atas Palestin.

Industri hotel, pasaraya serta kementerian juga harus turut serta dalam kempen ini bagi menyuarakan bantahan mengenai tindakan zalim Israel dan sekutunya. Hotel serta pasaraya seharusnya menyokong dengan tidak menggunakan dan menyenaraikan barangan kempen boikot terpilih ini di hotel dan pasaraya mereka.

Umat Islam merupakan masyarakat yang sering bertoleransi dan menghormati kepercayaan kaum lain, tetapi apabila berlaku penindasan terhadap saudara seIslam kita harus menyuarakan bantahan demi memperjuangkan maruah dan hak umat Islam.

Seluruh masyarakat pengguna di negara ini tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa juga wajar membantah keganasan kejam ini melalui kempen boikot terpilih.

Sunday, May 30, 2010

bercinta menurut islam


Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitikberatkan ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula “pakai bedal sahaja”. Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.
Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri. 
Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan.
Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.
Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.
Namun dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang.
Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.
Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.
Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, panduan rasulullah perlu dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya jangan melampau dalam mengurat. Malah baginda menyuruh mereka bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.
Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah menyuruh Aisyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Baginda berkata : Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis No 1890) 
Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadis nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,muslim dan lain-lain, Rasulullah menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang memperkatakan tentang mengurat dan bercinta.
Dato Dr Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan al-Quran dan Sunah, Kulliah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan mengenai cinta. Cinta ujarnya sering dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi sebenarnya orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan matlamat asasi dalam Islam.
Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.
Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain. 
Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab.
Saya sendiri sebagai remaja ada perasaan ingin bercinta. Saya menyintai seorang gadis yg saya x pernah tengok dan tidak pernah saya jumpa. antara benda yang paling saya suka tentang dirinya ialah 'ketegasan dirinya terhadap lelaki'. Dia seorang wanita yang saya idam-idamkan selama ini. tetapi saya meletakkan syarat dalam diri saya. saya bukan nak 
nak merasai manisnya cinta sebelum kahwin. biarlah kami berkawan sampai bila tiba masa yang amat ditunggu2. tetapi jika ALLAH dah tentukan dia bukan jodoh saya. saya akan redha. tetapi sebelum tiba masa 2. doa dan ussaha saya untuk menjadikan dia yg halal bg saya akan menjadi sesuatu yang penting kerana saya bukan mencari kebahagiaan didunia sahaja, saya mencari kebahagiaan didunia dan akhirat.

Ingat.
jika nak bercinta yg kekal abadi... cintailah ALLAH..
jika nak cinta yg tahan lama... cintailah rasulallah...
manusia hanya sementara..
[kata2 yg ku pegang: bercinta selepas kahwin adalah cinta yg paling indah antara manusia]

Wednesday, April 7, 2010

siapa kita di dunia ini


Assalamualaikum...
hmm... Ramai diantara kita masih tak memahami apa peranan kita terhadap diri kita n apa shaja yang berlaku di sekeliling kita. adakah kita rabun atau buta? bukan kerana itu tetapi kita dirabuni dan dibutai dengan fatamorgana. benda ni amat sukar untuk kita buang. tapi tak mustahil, yg penting ada niat yg ikhlas....
kita sebenarnya masih tidak mengenal diri kita... sebelum kita kenal orang lain... adalah penting kita kenal siapa diri kita. kita adalah hamba ALLAH yang lemah, yang sentiasa melakukan dosa, yang sentiasa merosakkan diri sendiri. sesungguhnya kita berada dalam keadaan yg amat rugi kerana itu janji ALLAH...
kita tak mungkin akan dapat menjadi sempurna kerana tiada yg sempurna kecuali ALLAH..
kita akan sentiasa bergelumang dengan disa tanpakita sedari.. kerana itulah nabi s.a.w menyuruh kita menyampaikan walaupun sepotong ayat... jadi bila kita terlupa atau kita lalai.. terimalah nasihat dan teguran dari sekeliling dengan hati yang ikhlas.. kita pun sama... jika ada diantara kita yg tersalah langkah.. kitalah yang harus menasihatinya agar kembali ke jalan ALLAH.
walaupun kita tak sempurna, tapi kita cuba buat yang terbaik kerana kita hidup adalah kerana beribadah kepada ALLAH.. bukan kepada manusia yg sama lemah seperti kita...
INGAT: selemah2 iman adalah dengan menjauhi sesuatu keburukan dengan hati...
adakah kita merasa jatuh kerana kita ditegur didepan orang...tidak sesekali...
inilah peranan kita.. menjadi contoh kepada orang lain supaya tidak melakukan kesalahan sama seperti kita...jika kita anggap kritikan itu sebagai sesuatu yang membina... ikhlas kerana ALLAH.. pasti ada bahagian kita diakhirat kelak kerana ALLAH maha adil dan saksama.

KONKLUSInya adalah kita harus sedar bahawa kita adalah hambanya yg lemah. kita harus terima apapun rintangan yang datang sebagai 1 ujian untuk ke syurga. hadapi ianya dengan
tabah, ikhlaskan apa sahaja kehilangan yg terpaksa kita hadapi kerana segalasesuatu yg berlaku pasti ada hikmahnya...

Tuesday, March 30, 2010

ASSALAMUALAIKUM...


hari ini 30 mac 2010.... detik 17:34.... blog ni tercipta....... dengan rasa rendah diri saya mengalu2kan semua blogger men'comment' blog saya ..... if ada apa2 nasihat yg patut diberikan pada saya... amat dialu2kan juga.... sekian dari saya.... ALHAFIZ KASSIM [admin]